> SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA <



                                


MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


" Sejarah Pembentukan Masyarakat Majumuk Di Malaysia "

NAMA PENSYARAH 👉 : EN MOHD FAIZAL BIN MAT PESA 

NAMA  AHLI  KUMPULAN : 

       
 

 👉 BERMULA DARI KIRI : 

👉 NUR NATASYA ADILLA SHAMSUZAINI  (14DAT21F1048)

👉 NOR SYUHADAH BINTI KAMALUL ADHHA  (14DAT21F1020)

 👉 NORSYAFIQAH BINTI ZULKEPLI  (14DAT21F1030)

👉 NURUL AIN BINTI MOKHTAR  (14DAT21F1073)


P E N G E N A L AN 


- Malaysia terkenal dengan pelbagai bangsa, kaum, agama, budaya dan adat resam. Rakyat Malaysia hidup bersama dan bergaul antara sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama, budaya dan adat resam. Di Malaysia mempunyai tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan perubahan struktur politiknya.

-Masyarakat majmuk merupakan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.


Menurut Fisabellah John dalam academia yang bertajuk Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya agak terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Namun , mereka tidak dapat menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

 Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang  sangat ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991) pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991) .


Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990)


Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

   Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini telah  menjadikan Malaysia sebagai  sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar .

KAUM MELAYU 


  • Orang Melayu dapat ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu dimana nenek moyangnya datang dari Indo-China dan Yunan lebih 3,500 tahun dahulu. Walaubagaimanapun, kewujudan etnik Melayu di negara ini juga adalah disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia sejak abad kesembilan lagi.
  • Antara kumpulan penduduk Indonesia yang ramai berpindah ke Tanah Melayu ialah etnik Minangkabau, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mandailing, Kampar dan Rawa. Kebanyakan mereka berhijrah beramai-ramai pada zaman penjajahan Inggeris kerana menjadi buruh kontrak dan buruh bebas diladang-ladang kopi dan getah.
  • Selain itu, ada juga orang-orang Melayu yang berasal dari Patani (Selatan Thai).       
  • kebanyakkn malaysia bertumpu di Kelantan, Kedah, dan Utara perak . 
  •  Masyarakat Melayu di Malaysia mewakili jumlah penduduknya yang tertinggi, kemudian diikuti kaum Cina, India, dan lain-lain.
  • Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam yang dibawa masuk ke Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Al-Quran dan As-Sunnah merupakan asas perundangan yang utama dalam agama ini.

KAUM CINA 


  • Sebelum kedatangan Inggeris, bilangan masyarakat cina adalah terlalu kecil . Kebanyakan mereka bekerja sebagai seorang peniaga sahaja. 
  • Pada peringkat permulaan, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong , Negeri Sembilan  .Menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir 10,000 orang dan di Larut, Perak , pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang . Kawasan- kawasan lombong lombong bijih timah di Kuala Lumpur , seperti di Ampang, SUNGAI kancing dan Klang di Selangor, kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh cina. Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan, penempatan-penempatan baru masyrakay Cina telah dibuka . 
  • Selanjutnya, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu digerakkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangcu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat Sungai. Implikasi dari system ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor telah menacapai 100,000 orang.
  •  Pihak Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina ke tanah ayer dengan meluluskan beberapa undang-undang seperti the Chinese Immmigrants and The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan Perlindungan Orang Cina pula ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan buruh-buruh Cina.
  • Imigran Cina ke Tanah Melayu terdiri dari pelbagai suku kaum dengan perbezaan loghat yang ketara, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama adalah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Suku Hokkienlah yang terbesar sekali sehingga kehari ini. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan.
  • Bilangan orang Cina kini setabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1967, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu adalah seramai 2, 332, 936 orang.   Sehingga tahun 1957, 37% penduduk Tanah Melayu adalah terdiri dari kaum Cina.   Walaubagaiamanapun, peratusan terakhir kaum Cina telah menurun ke paras  25% sahaja berdasrkan laporan akhbar-akahbar tempatan (Oktober, 2007) .
  • Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan ialah fahaman Taoisme iaitu sistem falsafah dan keagamaan Cina. 
  • Taoisme mendidik pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa. 
  • Fahaman Confucianisme merupakan satu lagi anutan popular dalam masyarakat Cina.

 KAUM INDIA 

  • Dalam konteks komuniti India di negara ini, hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa kurun lalu. Pada Abad Pertama Masihi, penganut-penganut agama Hindu-Buddha telah menyebarkan agama mereka di Nusantara.
  • Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pedagang-pedagang India menjalankan perniagaan rempah ratus di Pelabuhan Melaka.
  • Penghijrahan masyarkat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka mulai bekerja sebagai peladan-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai, Pulau Pinang. Selepas itu, kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di kawasan-kawasan penanaman getah di Perak, negeri Semblan dan Selangor. Dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
  • Komposisi suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakannya adalah terdiri dari suku Tamil yang berasal dari Tamil Nadu, selebihnya adalah Malayalam dan Telegu. Selain itu, orang-orang India yang berasal dari Sri Lanka dan Punjabi dari Utara India. Kumpulan Tamil adalah yang terbesar iaitu kira-kira 80%. Suku Malayalam di sekitar 7% dan Telegu 4%.
  • Buruh-buruh India telah datang kenegara ini samaada secara paksaan atau sukarela. Kumpulan yang dipaksa adalah terdiri dari banduan atau tawanan yang bekerja membina jalan-jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.
  • Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ialah system Kangani. Mengikut sistem ini, seorang buruh India yang telah bekerja di Tanah Melayu apabila pulang ke India, dia hendaklah mencari seorang pekerja baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang-orang ini dikenali sebagai Kangani. Walaubagaiamanapun, sisitem ini dihapuskan pada tahun 1938.
  • Agama yang paling banyak dianuti ialah agama Hindu.
  • Pengikutnya perlulah berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan tuhannya agar mendapat balasan
  • Agama Hindu berbentuk politestik iaitu mempunyai banyak tuhan. Contohnya Brahma, Vishnu dan Siva .
MASYARAKAT SABAH & SARAWAK


Penduduk di Sabah dan Sarawak juga meriah dengan pelbagai suku kaum dan sub-suku kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah, misalnya, terdapat lebih kurang 23 suku kaum, tetapi suku Kaum Kadazanlah yang terbesar sekali. Ini diikuti oleh suku kaum Bajau, Murut, Suluk, dan Orang Brunei. Masyarakt kadazan-Dusun masih berpegang kepada animisme. Sebahagian kecil telah memluk agama Islam dan Kristian.

          Di Sarawak, setiap suku kaum ada ciri-cirinya yang tersendiri. Antara suku kaum   yang terbesar ialah Dayak, Iban, Melanau (Kristian dan Muslim), orang Melayu, Bidayuh, Penan dan Kelabit. Melainkan orang Melayu dan Melanau, dahulunya kebanyakan suku kaum pribumi Sarawak tinggal di kawasan hutan mendiami rumah panjang atau rumah sementara. Kini rumah panjang telah mengalami perubahan fikizal kerana arus pemodenan hidup yang kuat di negeri itu.

Masyarakat Sarawak


  • Majoriti kaum di Sarawak ialah orang Iban iaitu Dayak Laut, orang Melayu dan orang Melanau.
  • Orang Iban berpegang pada ajaran animisme yang dipengaruhi unsur-unsur fahaman Hindu-Buddha.
  • Sebahagian juga menganut agama Kristian.
  • Ada juga orang Iban yang berpegang kepada kepercayaan tradisional mereka.
Masyarakat Sabah



  • Majoriti masyarakatnya ialah Kadazandusun yang menganut kepercayaan animisme.
  • Sebahagian kecil pula memeluk agama Islam dan Kristian.
  • Segelintir masyarakat Kadazandusun pula tidak mempunyai agama 
  • Masyarakat Bajau pula majoritinya memeluk agama Islam

KESIMPULAN : 
Konklusinya , kemajuan dan keamanan dalam sesebuah negara itu amat penting dan bergantung pada hubungan  baik yang tercipta  antara setiap kaum yang berada di Malaysia. Oleh itu , rakyat Malaysia  tidak seharusnya mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri , malah mereka seharusnya berganding bahu untuk  memahami antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan kaum , bangsa, dan agama . Dengan wujudnya  persefahaman yang kukuh itu , maka negara Malaysia akan mencapai kemajuan,keamanan  dan dapat dapat  melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi . 




S E K I A N  T E R I M A  K A S I H 💝



Ulasan

Catat Ulasan